Saturday, 3 March 2018

Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.. Kita umat Islam, berdiri atas kalimah syahadah yang sama, mengaku bahawa ALLAH itu tuhan yang Esa.. Apa yang ingin saya share ini adalah berkaitan isu pengguanaan kalimah ALLAH oleh agama lain (pernah dibangkitkan oleh penganut Agama Kristian.. Firstly, ini adalah perkara asas dalam semua agama, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, di mana kita mengaku bahawa Tuhan kita adalah ALLAH yang Maha Esa.. So, bagaimana pula dengan Kristian ni? Sebelum itu saya mengajak pembaca merenung semula kisah Isa ibnu Maryam, benarkah Nabi Isa disalib? Kita umat Islam percaya kisah Nabi Isa A.S dimana Nabi Isa A.S tidak disalib malah diangkat ke langit, tetapi mereka (penganut Kristian) percaya Nabi Isa A.S  disalib.. Maka cuba fikir, 2 perkara berbeza ini jika wujud, sebenarnya very confusing.. Sebab itu kita jangan sesekali samakan Nabi Isa dengan Jesus Christ kerana kedua-duanya berbeza..  Inilah kaitannya dengan penggunaan kalimah ALLAH, jika dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam agama mereka, nescaya tercemarlah nama ALLAH yang Maha Esa.. Kerana apa? Firstly, akan tercemarlah sifat-sifat ALLAH, kerana dalam al-Quran disebutkan ALLAH itu satu, tiada sekutu, tiada anak dan tidak diperanakkan.. Sedangkan dalam agama Kristian, Trinity adalah pegangan mereka, maka jika mereka menggunakan kalimah ALLAH sebagai Tuhan mereka, maka akan wujud sekutu bagi ALLAH (na’uzubillah) iaitu Jesus Christ sebagai anak ALLAH, dan Roh Qudus.. MasyaALLAH, tercemar nama ALLAH, all muslims must concern about this.. Ingat, jika berhujah mengenai Christianity, jangan sesekali gunakan kalimah ALLAH dan Nabi Isa, sedangkan dalam bibble mereka sendiri tak menggunakan kalimah ALLAH, malahan menggunakan perkataan Lord, God, Father, Jesus..  Jika digunakan kalimah ALLAH bagi Lord ataupun God, bermakna di sini wujudnya sifat Tuhan yang mempunyai anak iaitu Jesus sedangkan dalam Islam, ALLAH itu tiada mempunyai anak.. Jika penganut agama Kristian dibenarkan memakai salib, maka saya juga yakin jika dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH ini, maka tidak mustahil kalimah ini akan juga diguna pakai bersama salib mereka, sama ada pada tiang salib, rantai perhiasan ataupun penggunaan dan terteranya kalimah ALLAH di gereja..  Justeru, kita yang mengaku diri kita Islam, seharusnya berani menegakkan agama kita yang satu, menegakkan kalimah syahadah yang menjadi pegangan kita..

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates