Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
ALLAH, dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.. Kita umat Islam, berdiri
atas kalimah syahadah yang sama, mengaku bahawa ALLAH itu tuhan yang
Esa.. Apa yang ingin saya share ini adalah berkaitan isu pengguanaan
kalimah ALLAH oleh agama lain (pernah dibangkitkan oleh penganut Agama
Kristian.. Firstly, ini adalah perkara asas dalam semua agama, iaitu
kepercayaan kepada Tuhan, di mana kita mengaku bahawa Tuhan kita adalah
ALLAH yang Maha Esa.. So, bagaimana pula dengan Kristian ni? Sebelum itu
saya mengajak pembaca merenung semula kisah Isa ibnu Maryam, benarkah
Nabi Isa disalib? Kita umat Islam percaya kisah Nabi Isa A.S dimana Nabi
Isa A.S tidak disalib malah diangkat ke langit, tetapi mereka (penganut
Kristian) percaya Nabi Isa A.S disalib.. Maka cuba fikir, 2 perkara
berbeza ini jika wujud, sebenarnya very confusing.. Sebab itu kita
jangan sesekali samakan Nabi Isa dengan Jesus Christ kerana kedua-duanya
berbeza.. Inilah kaitannya dengan penggunaan kalimah ALLAH, jika
dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam agama mereka, nescaya
tercemarlah nama ALLAH yang Maha Esa.. Kerana apa? Firstly, akan
tercemarlah sifat-sifat ALLAH, kerana dalam al-Quran disebutkan ALLAH
itu satu, tiada sekutu, tiada anak dan tidak diperanakkan.. Sedangkan
dalam agama Kristian, Trinity adalah pegangan mereka, maka jika mereka
menggunakan kalimah ALLAH sebagai Tuhan mereka, maka akan wujud sekutu
bagi ALLAH (na’uzubillah) iaitu Jesus Christ sebagai anak ALLAH, dan Roh
Qudus.. MasyaALLAH, tercemar nama ALLAH, all muslims must concern about
this.. Ingat, jika berhujah mengenai Christianity, jangan sesekali
gunakan kalimah ALLAH dan Nabi Isa, sedangkan dalam bibble mereka
sendiri tak menggunakan kalimah ALLAH, malahan menggunakan perkataan
Lord, God, Father, Jesus.. Jika digunakan kalimah ALLAH bagi Lord
ataupun God, bermakna di sini wujudnya sifat Tuhan yang mempunyai anak
iaitu Jesus sedangkan dalam Islam, ALLAH itu tiada mempunyai anak.. Jika
penganut agama Kristian dibenarkan memakai salib, maka saya juga yakin
jika dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH ini, maka tidak mustahil
kalimah ini akan juga diguna pakai bersama salib mereka, sama ada pada
tiang salib, rantai perhiasan ataupun penggunaan dan terteranya kalimah
ALLAH di gereja.. Justeru, kita yang mengaku diri kita Islam,
seharusnya berani menegakkan agama kita yang satu, menegakkan kalimah
syahadah yang menjadi pegangan kita..
Showing posts with label Tazkirah agama. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah agama. Show all posts
Saturday, 3 March 2018
Posted by
NURUL ALIA SYAFIKA
at
03:30
Apakah maksud zina? Zina adalah satu
persetubuhan yang dilakukan tanpa ikatan yang sah antara lelaki dan
wanita. Perkara yang menjerumuskan ke arah hubungan tanpa nikah itu juga
disebut zina, tetapi dalam konteks yang kecil. Bermaksud perbuatan itu
hanyalah satu perkara yang mendorong untuk melakukan hubungan seksual
tanpa nikah. Seperti memandang dengan nafsu pada yang telah diharamkan,
maka itu adalah zina kecil pada pandangan.
Siapa yang dipersalahkan dalam masalah
zina yang berlaku? Kita melihat pasangan yang kononnya terlanjur saling
tuding menuding menyalahkan pasangan masing-masing, tetapi adakah diri
mereka sendiri sedar akan kesalahan yang mereka lakukan?
Kita boleh bersetuju bermulanya dari
lelaki, tetapi kita tidak boleh menafikan sepenuhnya perempuan tidak
memualakan apa-apa perkara berkaitan zina. Kita bersetuju dalam
permasalahan rogol, wanita itu dianiaya, tetapi bagaimana pula jika
masalah hubungan antara suka sama suka yang menjerumuskan diri dalam
perzinaan?
Tidak kira lelaki atapun wanita, semuanya
wujud satu perasaan yang bergelora dalam diri yang dikenali sebagai
nafsu. Itulah yang mempengaruhi tindakan setiap individu. Islam
menggariskan panduan supaya menundukkan nafsu ini, maka zina ini tidak
berlaku.
Tundukkan pandangan, panduan bagi menundukkan nafsu, seperti mana dalam surah An-Nur pada ayat 30 dan 31 yang bermaksud
Katakanlah kepada orang
laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan
memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Seterusnya pada ayat 31
Katakanlah kepada wanita yang
beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak
dari padanya.
Adakah perintah ALLAH ini pada lelaki
sahaja? Tidak, tetapi kepada hamba-Nya lelaki dan juga wanita. Tetapi
terlebih dahulu ditujukan kepada lelaki supaya menundukkan pandangan,
kerana lelaki ini lebih terdedah kepada perkara yang menarik
pandangannya, dan dengan sifat lelaki yang lebih teruja untuk
memerhatikan perkara disekeliling.
Adakah ditujukan kepada lelaki dahulu
bermaksud mulanya dari lelaki? Tidak. Kerana ayat seterusnya menerangkan
supaya wabita juga menundukkan pandangan, dan juga memelihara segala
apa yang haram ditunjukkan kepada yang bukan sah bagi wanita tersebut.
Bermaksud tugas wanita adalah memelihara segala di tubuhnya, rambutnya,
badannya, tangan serta kakinya serta segala di tubuhnya, untuk mengelak
berlakunya zina.
Senarionya senang, jika seorang lelaki
memandang pada seorang wanita yang menampakkan punggungnya, dengan
menampakkan dadanya dengan menampakkan rambutnya sedangkan wanita
tersebut tidak memandang pada lelaki tersebut, lalu dari pandangan itu
mendorong kepada hubungan yang membawa pada zina, siapa yang harus
dipersalahkan? Lelaki yang tidak menjaga pandangan ataupun wanita yang
tidak menjaga perhiasan (Aurat) di tubuhnya?
Kenapa pandangan ditundukkan? Apa kaitan
dengan zina? Perhatikan betapa berkaitnya pandangan dengan nafsu, kerana
itu ALLAH menyuruh manusia menundukkan pandangan, kerana ALLAH adalah
arkitek manusia, dan ALLAH tahu apa kaitannya disetiap tubuh kita.
Pandangan itu berhubung dengan kemaluan (Nafsu), dengan pandangan pada
yang merangsang, nafsu akan terpengaruh dan membawa kepada perlakuan
zina. Inilah sebabnya pandangan yang dapat ditundukkan, maka kemaluan
akan terjaga dari perkara zina.
Kesimpulannya, lelaki dan wanita semuanya
bertanggungjawab atas diri dalam mencegah diri dari perzinaan yang
merupakan dosa besar di sisi Islam. Tidak lelaki itu dipersalahkan
sepenuhnya, tetapi semua akan dinilai atas perbuatan mereka, pada
pandangan mereka yang membawa kepada masalah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)



